Art Q Boxs

Haii!.. saya Aiza...saya berminat dlm quilling sejak saya menontonnya di tv...Bermulanya dari situ saya amik peluang untuk belajar bagaimana cara membuatnya...So, saya mula mencari laman2 web yang banyak bercerita mengenai quilling ni...klu dilihat dari segi rekaan2 yang ada... memang nampak susah...tapi bila sudah mencubanya taklah susah mana pun...klu ada minat...bende yang sukar menjadi mudah...betul tak?

Oklah...bercerita pasal quilling ni bukan le kemahiran saya...apa yang saya lihat...ianya merupakan teknik gulungan dengan menggunakan kertas...kertas2 ni plak ada pelbagai jenis...(terpulang kepada individu untuk membentukkannya). Ada juga pelbagai jenis warna dan tekstur...tapi saya hanya menggunakan kertas 'colour paper' bersaiz A4... Disamping itu saya ada juga menggunakan kertas A4 bersaiz 80gsm-120gsm...(mengikut bentuk tertentu)kertas ni plak akan dipotong-potong menjadi helaian kecil.. lebar plak berukuran dari 1.9mm,3mm,6mm,9mm dan 12mm...

Cara nak menggulungnya plak terpulang pada jenis ketebalannya... Kebiasaannya, saya hanya memotong dalam lingkungan 3mm bagi membentuk seekor rama-rama atau jenis serangga yang lain... Ade juga dalam bentuk bunga-bungaan (mengikut kreativiti sendiri). Bagi memudahkan kerja-kerja membentuk, kita perlu menggunakan peralatan khas untuk menhasilkan quilling ini. Ianya boleh didapati di kedai Stationery yang terpilih. Memang sukar untuk mencari peralatan dan bahan-bahannya, kerana ianya masih baru bertapak dinegara kita. So,saya amik pendekatan lain dengan menggunakan batang lidi satay dan dibelah ditengah-tengahnya supaya senang untuk menggulungnya...hihihihi...(minat punye pasal)..Cara melekatkannya plak, saya menggunakan gam putih atau UHU.

Itulah serba sikit tentang quilling mengikut pemahaman saya..Jadi saya mula mengolah dan diadaptasikannya diatas kotak-kotak dan paper bag yg comel-comel ini...dan inilah hasilnya...cute tak? Untuk sebarang pertanyaan atau ingin bertukar-tukar idea, bolehlah menghubungi saya. Bagi membuat tempahan, boleh juga emelkan tempahan anda di emel saya or  hubungi no yang terdapat di Contact Us..Salam Muhibbah untuk semua yang melayari blog Sense of 6..Adios..


Coretan Ikhlas,

Aiza
Art Q Boxs


DARI GALERI ART Q BOXS