Sense Team

PROFILE ATAQI
Atiqah @ selesa dengan nickname Ataqi. Anak ke 5 dari 7 beradik. Berperwatakan sederhana, peramah dan kartun ( panggilan dr ma). Adik / kakak / isteri kepada teams Sense of 6. Mempunyai 2 orang putera yang hensem dan agak cerdik pandai (kembang la ayahnya). Tamat pendidikan setakat Diploma dalam IT Business di sebuah kolej di area KL. Ada pengalaman bekerja di beberapa tempat dan bermacam-macam bidang tetapi tiada satu pun yang 'sehati & sejiwa' dengannya. Berharap, dengan kemunculan blog ini adalah satu permulaan dan pengakhiran yang terbaik dalam hidupnya. THE END...

PROFILE ACRALIQUE (PhotoCliQue)
Acralique @ nama sebenar Ahmad Risyafuddin. Husband kepada Ataqi dan ipar pada teams Sense of 6. Asal Kuala Lumpur dan menetap di area Selangor. Abang sulung dari 2 beradik. Tamat pengajian di sebuah kolej di area KL dalam bidang yang sama dengan wifenya. Masih bekerja tetap tetapi minat yang mendalam dalam photography membuatkan Acralique menjadikannya sebagai kerjaya kedua. Pada asalnya hanya suke-suke untuk menambahkan pengalaman petik memetik nie..dan tidak menyangka kerjaya photography ini memberi satu kepuasan dalam dirinya. Dengan kata-kata yang digengam sehingga kini.. "Ilmu itu hak ALLAH, kita hanya meminjamnya dan berusaha untuk mendapatkanya, dan kepada-NYA jugalah kita berserah"..

PROFILE AIZA (Art Q Boxs)
Siapa tidak menyangka, perwatakannya kecil tetapi berjiwa besar. Itulah dia Aizha @ lebih dikenali dengan panggilan Aiza. Kekanda kepada 3 adik-beradik 'gegirl'nya yang merupakan teams Sense of 6. Sudah berkeluarga dan mempunyai 3 cahaya mata, 2 'gegirl' 1 'boboy'. Sekarang menetap di Kuala Kangsar, mengikut husbandnya yang bekerja disana sebagai kakitangan kerajaan. Di antara teams Sense of 6 yang lain, Aiza yang mempunyai semangat tidak cepat putus asa. Keinginannya yang kuat untuk memiliki sesuatu yang diminati turut dikagumi oleh adik-beradiknya. Baginya, 'mengerjakan sesuatu kerja perlulah diakhiri dengan pengakhiran yang baik dan jadikan kegagalan sebagai titik permulaan untuk menempa kejayaan'...

PROFILE AJAN (Art Q Boxs)
Sentiasa berbaju putih, mengerah segala tenaga tanpa mengira masa dan penat lelah. Demi mereka yang memerlukan khidmatnya, selaku 'Staff Nurse'...disebuah hospital di negeri Selangor. Itulah Afdzan @ dikenali dengan nickname Ajan. Anak kelahiran Selangor. Juga kekanda kepada kesemua 'gegirl' Sense of 6. Masih berstatus bujang dan dia diantara yang berumur di Sense of 6. Walaupun berperwatakan kecil dan berkulit sawa matang, Ajan tidak pernah menganggap ianya sesuatu kelebihan @ kelemahan dalam dirinya. Apa yang penting, setiap apa yang dilakukan, mesti kena pada pada dirinya. Sentiasa memberi idea-idea baru dan kreatif bagi membantu meringankan kerja-kerja. Baginya, 'kepuasan dan keikhlasan adalah perkara penting dalam melakukan sesuatu kerjaya'.


PROFILE AS (BATEQ SIGnATURE)
Kematangan personaliti dan pemikirannya membuatkan dia nampak berbeza daripada yang lain-lain. Asmidar @ nickname nya As. Walaupun masih diawal 20-an, As lebih banyak pengalaman tentang kerjaya. Kekangan kehidupan membuatkannya lebih matang dan berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sifatnya yang pendiam dan sensitif, kadangkala menimbulkan ketidakselesaan dikalangan teams Sense of 6. Tetapi apabila membentangkan sesuatu idea @ pendapat, ianya boleh diterima dan mempunyai unsur-unsur yang logik. Baginya, kerja yang dilakukan mestilah ada risiko, setiap risiko itu adalah salah satu intipati untuk menempa kejayaan, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang dikemudian hari..'

PROFILE ADEQ (BATEQ SIGnATURE)
Teams Sense of 6 paling muda sekali. Sangat aktif dalam kerjayanya selaku jurulatih PLKN di daerah Selangor. Sifatnya yang sederhana, dan kadang-kadang tidak dapat dijangka, membuatkan dia disenangi oleh masyarakat disekelilingnya. Kelebihan dan kekurangan dalam dirinya sedikit sebanyak mematangkan perwatakannya. Tidak pernah bersikap pentingkan diri, dan senantiasa membantu dikalangan teams Sense of 6.