'uRs' SaVing

STORY 1

Johan bertugas sebagai despacth boy disebuah syarikat X-fast Sdn Bhd. Sudah hampir 2 tahun dia berkhidmat disana. Selok-belok, selit-menyelit adalah rutin harian Johan apabila menghantar surat penting. Masalah utamanya apabila hujan, keadaan itu menyukarkan pergerakkannya, tapi itu bukan halangan, yang penting utusan mesti sampai ke tangan pemiliknya.

Suatu petang, Johan melakukan rutinnya seperti biasa. Entah mana silapnya, Johan terlibat dalam satu kemalangan jiwa melibatkan sebuah lori pengangkut pasir. 'Ajal maut ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang kehidupan kita, Tuhan yang menentukan bila masa kita akan berhenti. Dengan kecerderaan parah yang dialaminya, Johan pergi jua menghadap yang Maha Esa.

Knock..knock.. Kedengaran ketukan disebalik pintu yang sudah pudar warnanya.."Assalammualaikum..ada sesiapa dirumah?".. Pandangan tertumpu pada pintu. Dengan kudrat yang ada, Pn. Satinah bangkit dari kerusi usang yang menghadap jendela. Dibuka sedikit pintu hanya untuk menjenguk siapakah gerangan yang datang petang-petang begini? Nak dikatakan jiran sebelah, mereka sibuk dengan kegiatan mereka. Siapa ya?.. Persoalan bermain-main difikirannya.

Salam disahut tanda menghormati. "Waalaikummussalam..ye nak..cari siapa? tanya Pn Satinah kepada seorang wanita kecil molek dihadapannya. Sekali pandang tak ubah seperti pelakon yang selalu keluar bermain dikaca TV. Lisa Surihani...takkan dia kot?...

Pantas dengan ramah wanita tadi memperkenalkan dirinya sebagai wakil dari salah satu agensi takaful.
"Saya Nurin dari Agensi PruBSN Takaful, maybe makcik tak kenal saya tapi arwah Johan anak makcik kenal saya". Sayu hati Pn.Satinah bila nama arwah disebut. Tanpa membuang masa Pn.Satinah menjemput wanita tadi masuk ke rumah. "Masuk la dulu nak..kita berbicara didalam lebih elok..."dengan sedikit senyuman diberi kepada wanita dihadapannya.."Anak apa nama tadi? Ohh..Nurin..terlupa makcik. Nurin duduk dulu. Makcik ke dapur sebentar." tanpa berlengah-lengah lagi, Pn.Satinah terus beredar masuk ke dapur.

Sambil tangan terketar-ketar mengangkat dulang berisi 2 cawan dan seteko air teh panas berserta beberapa keping biskut kering, Nurin pantas menyambut. "Buat apa susah-susah buat air kat saya makcik. Baru sebentar tadi saya makan minum di gerai hadapan jalan tadi." Rasa bersalah mula bermain dibenak hati Nurin kerana menyusahkan wanita tua sebaya ibunya ini. "Tak ada susah-susah laa..air bujang aje" Seloroh Pn. Satinah. Lega sedikit hati Nurin apabila Pn.Satinah berkata begitu.

Tanpa melengah-lengahkan masa, Nurin menghirup air teh tersebut dengan segera. Nurin tahu, pasti wanita tua dihadapannya tertanya-tanya, apakah urusan arwah dengan dia sampai datang kerumah petang-petang begini? Sambil tangannya mencari sesuatu didalam beg yang dibawa tadi. Dikeluarkan beberapa dokumen.
"Ini adalah 'hasil' peninggalan arwah semasa dia hidup dan amanah saya untuk menyerahkannya pada makcik kerana makcik adalah salah seorang pewaris tunggalnya". Dihulurkan dokumen tersebut berserta cek kepada Pn.Satinah.

Pn.Satinah menyambut, tetapi difikirannya bermain-main persoalan yang belum terjawab. "Apa semuanya nie nak? Makcik tak faham. Setahu makcik arwah anak makcik tiada harta. Nak kata harta yang bernilai semasa hayat dia hanya motor kesayangannya tu." tanya Pn.Satinah. Air mata mula bergenang dikelopak matanya, dengan segera disekat pantas agar tidak dilihat wanita dihadapanya ini. "Bawak bertenang makcik, ini semua hasil simpanan arwah sepanjang arwah masih hidup. Dia mengambil saving plus protection untuk dirinya sebagai persediaan jikalau apa-apa musibah berlaku padanya". Nurin cuba menerangkan serba sedikit agar wanita tua dihadapannya berasa tenang kembali.

"Saving plus Protection? Setahu makcik, gaji anak makcik cukup-cukup makan aje. Mana ada lebihan untuk menyimpan.." soal Pn Satinah kepada Nurin. Sambil tersenyum Nurin berkata.."Makcik..walaupun gaji arwah tak sampai RM1000 sebulan, itu bukannya satu masalah padanya untuk menyimpan. Serupa macam arwah simpan di bank. Cuma disini, kami sediakan protection arwah skali." Sedikit penerangan lagi diberikan kepada wanita tua ini.

"Jadi...betullah jumlah yang diberi nie pada makcik?" tanya Pn Satinah sambil memegang cek yang tertera namanya berserta jumlah ratusan ribu ringgit yang diterimanya. "Ya makcik..itu semua yang arwah tinggalkan untuk makcik. Walaupun arwah tiada. Dia masih sayangkan makcik." jawab Nurin dengan nada sedikit terketar kerana menahan sedu dihatinya. Dengan tidak tertanggung lagi, air mata Pn.Satinah menitis jua. Dihatinya bersyukur kerana walaupun arwah anaknya sudah tiada, dia masih menjaga kebajikan diri ibunya. "Terima kasih anakku. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN.."

Nota ringkas:
Cerita diatas ini adalah cerita benar yang kami dapati dari fail-fail 'claim' yang kami terima. Cuma cerita diolah dan ditukar penamanya agar tidak ada kena mengena pada yang hidup atau yang sudah meninggal dunia..

"RANCANGLAH SEMENTARA HAYAT DIKANDUNG BADAN"


Hasil nukilan,

ATAQI @ Atiqah Bt Ali
Financial Consultant
PruBSN Takaful
017-342 5118 / 019-242 7661