3 November 2011

November...bertuah ke atau nasib semata-mata...

Bulan nie..nak kata bulan bertuah atau nasib sahaja...ada 3 perkara berlaku dalam minggu ini sahaja.


Cerita 1
"Pn. nie, ibu pada Emir Ezairee...? tanya seorang gadis kecil molek lengkap berbaju kurung dan bertudung litup. Dia perkenalkan dirinya ustazah Emir. "Ya..saya ibu Emir. Kenapa ya, Emir ada buat salah ke?. Ibu mana yang tidak gelisah kalau ada orang yang bertanya. Kalau anda pasti mengelabah. Macam-macam pertanyaan dan persoalan akan bermain di minda anda.."Emir tak ada apa kesalahan pun. Cuma saya memang nak jumpa sangat ibu Emir. Saya cuba call hand phone Pn. tapi tak ada servis. Nombor rumah pun sama". Cepat betul ustazah ni tahu riak muka Ataqi. Lagi pun Ataqi memang menggelabah bila sesiapa sahaja yang datang menyegah macam tu. "Saya dan ustazah-ustazah lain dengan rasa bangganya nak ucapkan tahniah pada Pn atas kejayaan Emir memecah rekod sekolah dengan keputusan 100% setiap mata pelajaran yang diambil. Cuma Hafazan sahaja kami tak boleh bagi 100%. Kalau diikutkan, tak pernah sesiapa yang boleh dapat keputusan sebegitu pada tahap 1. Ini satu keajaiban pada kami warga sekolah. Emir bukan budak biasa. Dia Genius. Pn. patut berbangga pada diri dia". Panjang lebar betul kenyataan ustazah Emir. Ataqi? terkedu sekejap, tapi masih sedar lagi. Cuma perasaan itu lambat. Tapi TUAH atau NASIB. Anda Fikirkan sama-sama Ataqi. Cerita 2 Ataqi sambung nanti. Perut dah berbunyi. Senyummmmm...



No comments:

Post a Comment